Cinta Sejati Seorang Hamba Kepada Tuhannya

Standard

Buah Yang Manis

Apabila seorang hamba telah menyedari perhatian dan cinta Tuhan kepadanya serta kesedaran tersebut mampu menguasai perasaannya, maka akan tercermin pula perasaan serupa dari hamba tersebut. Iaitu semakin bertambah rasa cinta dan rindunya hamba kepada Allah SWT. Ketika rasa cinta telah memenuhi ruang hati, maka tidak diragukan lagi ia akan menghasilkan buah yang besar, yang kemudian akan nampak dalam tingkah laku dan perbuatan seorang hamba.  Tentunya buah tersebut sukar didapati dari mana-mana pohon selain pohon cinta. Oleh sebab itu, rasa cinta yang hakiki akan mewujudkan beberapa makna kehambaan dari dalam hati yang tidak dapat dimunculkan oleh perasaan yang lain.  

Ibnu Taimiyyah mengatakan, :

” Siapa yg tidak suka terhadap sesuatu, maka tentunya dia tidak mungkin mahu mendekatinya.Sebab dengan mendekatinya itu bererti dia telah menempuhi media atau perantara untuk mencintainya.  Sedangkan  dengan mencintai perantara, ia bererti dia telah mencintai yang dituju.”

Apabila rasa cinta merupakan unsur pertama pada setiap amalan agama, maka khauf serta raja mahupun yang lain juga harus bersama rasa cinta dan berlandaskan cinta. Sudah menjadi mentaliti orang yang berharap dan tamak, bahawa dia hanya akan berharap kepada sesuatu yang dicintainya dan bukan kepada sesuatu yang dibencinya. Berbeza dengan orang yang khauf (takut kepada Allah), kerana dia akan meninggalkan semua yang ditakutinya hanya kerana ingin mendapatkan cinta si Khaliq (Sang Pencipta). Perkara seperti ini yang telah disentuh dalam firman AllahSWT,

” Orang-orang yang mereka seru, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka siapa diantara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharapkan rahmatNya dan takut akan azabNya”.

(al-Isra(17):57)

Maka dari itu, kedua umat yang ada sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) telah sepakat dengan keterangan dan ketetapan yang datang dari Nabi Musa dan Nabi Isa, yang mengatakan bahawa sebaik-baik pesanan, hendaklah anda mencintai AllahSWT dengan sepenuh hati, akal dan tujuanmu. Inilah hakikat yang sebenar dari ajaran Ibrahim yang menjadi pokok dari ajaran Taurat, Injil dan al-Quran.

Apabila kita mahu merealisasikan semua itu, maka tidak mustahil kita akan dapat memetik buah yan manis di hadapan kita tanpa bersusah payah.

 

Advertisements

Saat kematian menjemput…

Standard

dalam setiap langkah dihayun, maka makin dekatlah dengan kematian..
allahuarabi.. hanya engkau sahaja mengetahui saat dan detik waktu itu,
sebagai hamba kita perlu bersedia…
persoalannya adakah kita sedang mempersiapkan diri menuju kematian atau sebaliknya??

Pembangunan Pelancongan di Putrajaya

Standard

5.1  Pengenalan

Putrajaya bukan setakat pusat pentadbiran nasional yang terancang malahan ia mempunyai banyak aset pelancongan.  Sekiranya aset pelancongan ini dieksploitasi, ia akan dapat menjadikan pelancongan satu komponen utama ekonomi tempatan Putrajaya.  Ketika ini, sektor pelancongan adalah komponen asas ekonomi pelengkap yang tidak kukuh kerana ia lebih cenderung kepada pelawat harian yang melawat Putrajaya selama satu jam sehingga satu hari penuh.  Putrajaya memerlukan pelancong yang menghabiskan lebih banyak masa di sini kerana mereka adalah penyumbang utama kepada ekonomi tempatan.  kesan pengganda perbelanjaan sedemikian akan memperkukuhkan ekonomi tempatan dan menyokong peniaga-peniaga berkaitan.

 

5.2  Peranan sebagai bandar pelancongan

Industri pelancongan memainkan peranan penting kepada ekonomi negara melalui pertukaran dan pertumbuhan wang asing.  Ia merupakan industri yang menjana kesan pengganda yang tinggi (Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).  Ketika ini pelancongan antarabangsa giat dipromosikan di Malaysia, perhatian turut diberi kepada pembangunan pelancongan domestik.  Kedua-dua segmen ini adalah penting bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada negeri dan bandar masing-masing termasuk Putrajaya.  Inovasi produk dan perkhidmatan adalah digalakkan untuk menarik pelancong asing dan domestik untuk berbelanja lebih dan menambah tempoh percutian mereka. 

Peranan yang dimainkan oleh agensi pelancongan juga penting dalam membangunkan pakej-pakej pelancongan yang disokong oleh kualiti dan harga yang menarik.  Sepuluh produk dan perkhidmatan pelancongan yang telah dikenalpasti di peringkat kebangsaan untuk dipromosikan dan dikembangkan meliputi acara bertema, lokasi pilihan pengganbaraan, ekopelancongan, pelancongan berasaskan sukan dan rekreasi, MICE (Persidangan, Insentif, Konvesyen dan Pameran), kebudayaan, hiburan dan seni, Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), pelancongan pendidikan dan perubatan, agro pelancongan dan program inap desa dan pelancongan warisan.  Produk-produk ini berpotensi untuk dibangunkan di setiap kawasan termasuk Putrajaya.  Malah, Putrajaya juga telah berjaya menarik perhatian pengunjung kerana statusnya sebagai pusat pentadbiran nasional yang terancang, pengalaman pertama bagi Malaysia dan di wilayah ASEAN.

 

5.3 Produk Pelancongan di Putrajaya

5.3.1  Acara bertema

Acara ini meliputi acara sambutan dan pesta sepanjang tahun.  Karnival Jualan Mega adalah satu contoh yang menarik pelancong domestik dan asing.  Contoh-contoh lain termasuk Pesta Makanan dan Buah-buahan serta Pesta Flora yang turut melibatkan Putrajaya (rujuk gambar 1).  Pada tahun 2007, Putrajaya telah menganjurkan Pesta Flora Putrajaya buat julung kalinya telah menerpa kejayaan kepada keputusan untuk menjadikan acara tahunan di Putrajaya.  Justeru pada 2008, acara ini telah menjadi pesta nasional yang telah menjadikan Putrajaya lokasi terpilih untuk perarakan flora dan tapak pameran kereta berhias Image.  Dua acara lain yang berkaitan turut dirangkumkan iaitu maraton dan pameran fotografi. 

 

Dalam kes Putrajaya, konsep acara bertema boleh dipanjangkan kepada bangunan dan infrastruktur ikonik.  Setiap bangunan di Putrajaya seperti tempat beribadat (Masjid Putrajaya), kompleks pejabat kerajaan (Kompleks Perdana Menteri), bangunan lain (Putrajaya International Convention Centre (PICC), Monumen Alaf Baru serta Dataran Gemilang dan jambatan-jambatan telah direka bentuk sebagai seni bina terbilang.  Ikon-ikon tersebut dapat digunakan sebagai tarikan pelancongan seperti mana di Par du Futuroscope di Polters, Selatan Perancis, Futuriscope adalah sebuah technopole, mempromiskan kejuruteraan, R&D berteknologi tinggi dan taman hiburan.

 

 

 

 

 

 

Gambar  menunjukkan acara tema bagi pertandingan
bunga api Putrajaya.

 

5.3.2  Lokasi pilihan penggambaran

RMK9 telah mencadangkan bahawa usaha perlu ditingkatkan untuk mempromosikan Malaysia sebagai lokasi perfileman, iklan televisyen dan dokumentari.  Sehingga kini, selain perfileman tempatan, banyak perfileman antarabangsa telah diadakan di beberapa lokasi utama seperti Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Malaka dan juga Putrajaya.  Putrajaya juga menjadi lokasi perfileman dan fotografi yang utama di Lembah Kelang.  Seni bina bangunan dan struktur yang disokong oleh taman-taman yang dilanskap serta jambatan-jambatan menjadi tarikan yang baik sebagai lokasi perfileman dan fotografi.  Satu strategi pemasaran yang agresif akan dapat meningkatkan penggunaan aset-aset di Putrajaya.

 

Image 

Gambar menunjukkan salah satu seni bina bangunan di Putrajaya.

 

5.3.3  Ekopelancongan

Ekopelancongan di peringkat kebangsaan cenderung dikaitkan dengan tarikan semula jadi.  Walaupun Putrajaya adalah bandar raya buatan yang baru, reka bentuk bandar raya ini telah dibina dengan elemen-elemen ekobudaya.  Taman-taman botanikal, taman-taman wetland, dan tasik lengkap dengan bot-bot cruise adalah antara tarikan ekopelancongan buatan yang dapat meningkatkan nilai kepada tarikan menyeluruh di Putrajaya.

 

 Image

Gambar  menunjukkan lambang kemegahan Putrajaya yang terdapat di Taman Botani.

 

 

Image 

 

Gambar  menunjukkan keadaan Cruise Tasik Putrajaya.

 

 

 

 

5.3.4  Pelancongan berasaskan sukan dan rekreasi

 

Di peringkat nasional, produk pelancongan ini mempromosikan Malaysia sebagai tapak bagi acara sukan antarabangsa dan tapak rekreasi seperti salling, cruising, canoeing, boating dan biking.  Putrajaya adalah berpotensi untuk dipasarkan sebagai lokasi bagi menjalankan aktiviti-aktiviti ini. 

 

5.3.5  MICE (Persidangan, Konvesyen dan Pameran)

 

Pasaran untuk MICE memberi pulangan yang tinggi khasnya jika ia dikaitkan dengan pasaran antarabangsa kerana keupayaannya untuk menarik pengunjung dan perniagaan yang lebih banyak dan berkualiti.  Putrajaya memiliki pusat persidangan antarabangsa yang terkini dan termoden dalam negara-PICC- tetapi kegunaannya adalah terhad kepada pasaran tempatan.  perluasan kepada pasaran antarabangsa terhalang kerana kurangnya kemudahan sokongan yang komprehensif.  Kemudahan tersebut seperti penawaran hotel pelbagai taraf, sistem rel dan perkhidmatan bas bersepadu. 

 

5.3.6  Agropelancongan dan program inap desa, pelancongan berasaskan warisan,   kebudayaan, hiburan dan seni.

 

Di peringkat nasional umumnya, pelancongan dikaitkan dengan bidang pertanian dan program inap desa yang kebiasaannya dikaitkan dengan kawasan luar bandar, sementara pelancongan warisan, kebudayaan, seni dan hiburan buasa dipromosikan di kawasan bandar.  Putrajaya juga mempunyai produk-produk demikian namun kurang dikenali sementara Taman Warisan dan Taman Selatan pula tidak dipromosikan secukupnya bagi menarik kedatangan pelancong ke kawasan tersebut.  Selain itu banyak lagi usaha yang perlu dijalankan bagi mewujudkan pelancongan kebudayaan dan warisan di Putrajaya.

 

 

 

5.3.7  Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)

 

Program MM2H dipasarkan oleh Kementerian Pelancongan melalui satu set insentif untuk menarik warga asing khasnya kumpulan pesara untuk tinggal di malaysia,  fokus Kementerian adalah penyediaan insentif kewangan dan fiskal tetapi ia tidak dapat mempromosikan lokasi-lokasi spesifik kepada peserta yang berminat.  Putrajaya juga sangat berpotensi menarik keserta MM2H kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang terancang dan berlanskapkan penawaran kualiti hidup yang baik. 

 

5.4  Pasaran pelancongan dan penginapan

 

Pasa masa kini, pasaran pelancongan di Putrajaya dikuasai oleh pelawat-pelawat harian.  Dianggarkan bahawa Dataran Putra menerima kunjungan 200 hingga 300 bas pelancong harian ke tempat itu.  Malah, kajian yang dilakukan sebelum ini mendapati 97 % pelawat ke Putrajaya adalah pelawat harian.  Kedatangan mereka juga telah menyumbang kepada sektor runcit dan perniagaan di sekitarnya untuk terus maju dab bertahan. 

 

Selain itu, pasaran yang sangat penting ialah pelancong yang bermalam.  Di Putrajaya, penginapan di hotel hanya terdapat di Hotel Shangri La yang mempunyai 118 bilik dan Hotel Pullman.  Hotel ini bertaraf tinggi yang berjaya menarik peniaga-peniaga ke Putrajaya dan Cyberjaya.  Pada masa kini, Putrajaya tidak mempunyai hotel murah.  Ini bermaksud Putrajaya tidak dapat menyediakan kemudahan penginapan kepada pelancong-pelancong yang datang bertandang (gambar 11).

 

 Image

Gambar menunjukkan keadaan di sekitar Putrajaya.

 

 

5.5  Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Putrajaya mempunyai pelbagai tempat tarikan yang tersendiri dan mampu menarik kedatangan para pelancong.  Keistimewaan yang terdapat di Putrajaya ini sebagai sebuah pusat pentadbiran dan juga pusat pelancongan merupakan langkah yang baik bagi membangunkan ekonomi negara.  Walaubagaimanapun, pelbagai pihak termasuk kerajaan dan agensi terlibat perlu bergabung tenaga bagi pergiatkan lagi promosi untuk menarik para pelancong ke Putrajaya.   

 

Ismophobia dan Terorisme: Suatu Pandangan Fundamentalisme.

Standard

1.0        Pengenalan:

Dalam setiap kelompok masyarakat sama ada berbentuk agama dan kepercayaan mahupun ideologi dan kebudayaan, selalu sahaja ada sebahagian daripada mereka yang cenderung mendominasi sesebuah kelompok yang lain.  Tidak jarang keinginan terebut diwujudkan secara paksa dan kadang – kadang dengan menggunakan kekerasan.  Persaingan antara kelompok sudah mewarnai sejarah kehidupan manusia sejak dahulu hingga ke hari ini.

 

Sejarah terorisme dirancakkan dengan munculnya kelompok – kelompok yang fundmental pelampau dari berbagai agama.  Kelompok pelampau agama seperti Yahudi dan Zealot terlibat dalam pembunuhan pegawai tinggi pemerintahan Rom yang dikenali sebagai kegiatan Sicarii sekitar tahun 1966 – 1973 M.  Assassin yang dilakukan oleh sebahagian kelompok Syl’ah Isma’iliyyah Nizariyyah pada abad ke – 11 M.  Malahan sejarah terorisme moden diawali pada zaman revolusi Perancis tahun (1793 – 1794) oleh kelompok Jacobin yang dipimpin oleh Robespierre sehinggalah kea bad – 21 ini.  Gerakan terorisme tidak sepi daripada kumpulan – kumpulan agama, akan tetapi ia berpaksikan kepada permasalahan politik yang merupakan faktor utama di sebalik kemunculan gerakan keganasan ini.

 

Ramai pengkaji di Barat lupa bahawa kekerasan yang timbul dalam kalangan umat Islam secara tidak langsung disebabkan langkah dan tindakan – tindakan yang dilakukan oleh pihak luar iaitu negara – negara Barat sendiri.  Mereka kemudiannya mencari akar dan fundamentalisme sejarah kepercayaan agama Islam sebagai akar kepada kekerasan dalam Islam.  Jihad dipandang sebagai punca berlakunya keganasan dan pada sudut pandangan yang lain ia memperlihatkan bahawa kelompok – kelompok Muslim yang melakukan tindakan keganasan sering dipanggil kelompok Islamis fundamentalis, radikal, ekstrimis, militant dan lain lagi.  Sehinggakan istilah – istilah ini disebut maka yang terbayang dalam fikiran pendengarnya adalah sama dengan teroris.  Wal hal istilah – istilah tersebut mempunyai pengertiannya yang tersendiri.  Seseorang mungkin sahaja seorang yang fundamentalisme tetapi belum tentu ia seorang teroris.  Walaupun kelompok – kelompok tersebut sering dikaitkan dengan kekerasan, namun tidak bererti semuanya megamalkan terorisme.  Hal ini mempersamakan mereka secara keseluruhan dengan teroris adalah sesuatu pengeliruan (Zulkifli Haji Mohd & Yusoff Fikri Mahmud: 2005: 39 – 40).

2.0       Epistemologi:

Menurut tokoh ulama terkemuka dunia Prof. Dr. Yusuf Al – Qardhawi mendefinisikan pengganas adalah orang yang membunuh manusia tanpa membezakan orang awam atau tentera, tanpa mengira mangsanya bersalah atau tidak bersalah, tidak melihat sama ada ia adalah pihak yang dizalimi atau pelaku kezaliman tersebut (Yusuf Al – Qardhawi: 2004: 20 – 21).

Tidak ada satu pun definisi terorisme yang diterima secara universal.  Bagi reprensentasi dunia Barat sekali pun, mungkin sulit untuk memperolehi rumusan yang sama berkenaan dengan terorisme.  Pertamanya, memang terdapat undang – undang di dalam Amerika Syarikat yang berkait dengan fasal terorisme.  Keduanya, Amerika Syarikat dan negara – negara Barat yang lain secara tegasnya menggunakan atau memanipulasi rumusan ini demi kepentingan dasar luar mereka, yang kesannya akan dirasai oleh kelompok – kelompok negara luar yang lain.  Menurut Title 22 daripada United State Code, section 2656f(d), merumuskan berkenaan dengan pendefinisian terorisme adalah kekerasan yang bermotifkan politik dirancang sebelumnya, yang dilalukan oleh sasarannya non – tempur (non – combatant) oleh agen – agen rahsia atau pun sub nasional, yang biasanyan dimaksudkan untuk mempengaruhi kalangan tertentu. Selain itu terorisme antarabangsa didefinisikan sebagai, pengganas yang melibatkan warganegara atau wilayah sesuatu negeri.  Tambahan, sebutan kelompok teroris bermaksud, setiap kelompok yang mempraktikan atau memiliki subkelompok yang mempraktikan keganasan antarabangsa.

Manakala, menurut Joseph Kechichian yang merupakan seorang pakar strategik Amerika Syarikat telah menyatakan beberapa tujuan umum kelompok teroris revolusioner.  Menurut katanya,

“Terorisme dirumuskan secara luas, merupakan suatu bentuk perang politik oleh kelompok yang tidak memepunyai hak bersuara (dis franchised).  Apa yang sebenarnya dimahukan oleh sekumpulan organisasi teroris ini adalah hak yang tidak diberikan kepada mereka di dalam aturan berpolitik yang sedia ada.  Secara definisinya adalah, upaya itu mengisyaratkan adanya kesedaran terhadap politik “kekuatan” di dalam sistem internasional.  Secara tepatnya disebabkan kurangnya legitimasilah yang mendorong kelompok yang haknya bersuara terpinggir ini untuk menggunakan kekerasan politik dalam memperjuangkan keluhan – keluhannya.  Hal ini dapat dikatakan bahawa maksud utama adalah bukan untuk menghancukan peradaban atau nilai –nilai demokratik akan tetapi, untuk berpartisipasi sebagai peserta yang sah di dalam sistem antarabangsa” (Shahrom TM Sulaiman: 2002: 1 – 3).

Terorisme juga dikonsepkan sebagai ancaman atau penggunaan kekerasan bagi mencapai tujuan – tujuan politik, agama dan lainnya dengan cara itimidasi, menimbulkan ketakutan dan sebagainya dan diarahkan terhadap penduduk atau warga negara tertentu (Aprinus Salam & Ramayda Akmal: _______. 1).  “Teror” berasal daripada perkataan “Terreur” yang membawa maksud pembunuhan bermotifkan politik dengan menggunakan senjata.  Perkataan ini telah digunakan di dalam bahasa Parsi, manakala daripada bahasa Arab kontemporer menggunakan perkataan “ihraq” (pertumpahan darah) sebagai kata ganti kepada “teror”.  Perkataan “teror” dalam bahasa Perancis membawa maksud panik, cemas dan takut (Qasim Syaban Niya: 2010: 2).

 

Epistimologi Terorisme Terorisme (terrorism) berasal dari kata terror dan menurut Oxford  Paperback Dictionary, terror  bermaksud extreme fear  (rasa takut yang luar biasa), a terrifying  person or thing  (seseorang atau sesuatu yang mengerikan). Terrorism diertikan sebagai use of violence and intimidation, especially for political purposes (penggunaan kekerasan dan intimidasi, utamanya bagi tujuan-tujuan politik). Menurut Oxfords Advanced Learners Dictionary (1995), terorisme adalah “Segala bentuk tindakan kekerasan untuk tujuan politis atau untuk memaksa sebuah pemerintah untuk melakukan sesuatu, khususnya untuk menciptakan ketakutan dalam sebuah komuniti masyarakat.

Seterusnya dalam memahami definisi terorisme ,  adalah  tidak wujud kesefahaman dalam memahami erti makna terorisme yang dapat diterima secara universal.  Hal ini kerana bagi reprensentasi dunia Barat sekali pun, mungkin sulit untuk memperolehi rumusan yang sama berkenaan dengan terorisme.  Kebiasaanyan Amerika Syarikat dan negara – negara Barat yang lain secara tegasnya menggunakan atau memanipulasi erti Terorisme demi kepentingan dasar luar mereka, yang kesannya akan dirasai oleh kelompok – kelompok negara luar yang lain.

Menurut James M. Poland didalam buku “The Understanding Of Terorisme” menyatakan bahawa :

“ Terrorism is the premeditated, deliberate, systematic murder,mayhem and threatening of the innocent to create fear and intimidation, in order to gain a political or tactical advantage, usually to influence audience “

Berdasarkan pernyataan oleh James M. Poland ini menyatakan Terorisme ini adalah sesuatu perkara yang dirancang dan sengaja dilakukan dengan niat untuk menakutkan orang awam dengan rasa ketakutan, bentuk keganasan terhadap orang yang tidak bersalah, dan matlamat pelaku terror ini ialah untuk membentuk satu ruang lingkup politik dalam satu masyrakat itu.

Hal ini memberi maksud bahawa bagaimana mereka hendak menyuarakan sesuatu perkara dengan bertindak secara ganas dan berharap hak dan suara mereka didengari walaupun perbuatan dan tindakan mereka melibatkan orang-orang awam yang tidak bersalah. Menurut  Encyclopedia American menyatakan  terorisme adalah penggunaan atau ancaman kekerasan yang terbatas pada kerosakan fizikal namun memberi kesan terhadap psikologi kerana  ia menciptakan ketakutan dan kejutan yang berlaku secara tiba-tiba.

Menurut The Arab Convention on the Suppression of Terrorism senada dengan Convention of the Organisation of the Islamic Conference on Combating International Terrorism, 1999. Terorisme adalah tindakan atau ancaman kekerasan apapun motif dan tujuannya, yang terjadi untuk menjalankan agenda tindakan kejahatan individu atau kolektif, yang akan menyebabkan kesan buruk kepada  masyarakat, menimbulkan rasa takut dengan melukai mereka atau mengancam kehidupan, kebebasan, atau keselamatan atau bertujuan untuk menyebabkan kehilangan nyawa atau kerosakan harta awam ataupun pribadi dengan menguasai dan merampasnya atau bertujuan untuk mengancam sumber daya nasional.

 

3.0       Epistemologi Islamophobia:

Epistimologi kosa kata “phobia” ialah “ketakutan atau kebencian yang keterlaluan: ketakutan tidak rasional atau amat kuat dan kebencian terhadap sesuatu.Oleh yang demikian secara mudahnya Islamophobia ialah ketakutan tidak rasional atau amat kuat atau kebencian terhadap Islam”. Namun, Islamophobia lebih dari sekadar makna ini dan ia turut menggabungkan kebencian kaum, sikap tidak bertoleransi,prejudis, diskriminasi dan stereotaip.

Sejarah Istilah Islamophobia telah bermula sejak tahun 1996. Dimana pada masa itu,diperkenalkan oleh “Commission on British Muslims and Islamophobia”. Suruhanjaya ini telah mengeluarkan satu Laporan mengenai Islamophobia iaitu telah menginstitusikan kosa kata Islamophobia sebagai prejudis terhadap Islam. Didalam laporan tersebut juga telah mengenalpasti 7 faktor yang memberi gambaran terhadap Islamophobia ini iaitu  :

1) Islam dilihat sebagai blok statik dan tidak berkembang;

2) Islam dilihat sebagai terpisah dengan  orang lain. Ia tiada nilai persamaan dengan

budaya-budaya lain, tidak mempengaruhi mereka dan tidak dipengaruhi mereka,

3) Islam dilihat sebagai lebih lemah berbanding Barat. Ia tidak bertamadun, tidak

rasional, dan primitif .

4) Islam dilihat sebagai ganas, agresif, mengancam, menyokong keganasan dan

terlibat dalam pertembungan peradaban;

5) Kritikan muslim terhadap Barat ditolak mentah-mentah;

6) Permusuhan terhadap Islam digunakan untuk menghalalkan amalan diskriminasi

terhadap Muslim and mengasingkan Muslim dari khalayak awam

7) Permusuhan anti muslim dilihat sebagai biasa dan normal.

 

4.0        Faktor Berlaku Terorisme:

  • Politik:

Sesuatu yang perlu kita bincangkan adalah mengapakah aktiviti  keganasan atau teroris ini semakin meluas sejak akhir – akhir ini di selatan Filipina.  Kerajaan Filipina sememangnya tidak mengiktiraf secara rasmi “de jure” ke atas kepimpinan masyarakat Islam (MORO) di Mindanao.  Keadaan yang aman di Filipina tidak kekal lama ketika kerajaan Filipina melantik Nur Misuari sebagai pemimpin Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM) (Massa, 22 – 28 Mac 2003).

Namun, disebabkan campurtangan ketenteraan Amerika Syarikat menyebabkan dasar Manila terhadap Mindao telah berubah.  Selain itu, dasar luar dan pertahanan Filipina memang mempunyai pertalian yang cukup kuat dengan Amerika Syarikat.  Presiden George W. Bush telah berjanji dengan Washington akan meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Filipina yang merupakan “pakatan utama dalam kalangan negara – negara bukan NATO” .  Komitmen Bush untuk menghantar bantuan ketenteraan Amerika Syarikat dan bantuan lain yang bertujuan memerangi militant muslim di selatan Filipina (FEER, 29 Mei 2003).  Mereka melancarkan dasar agresif dan mengambil tindakan ketenteraan ke atas masyarakat Islam di Filipina.  Kini angkatan tentera Filipina yang mendapat kebenaran dari Aroyo dengan sokongan Amerika Syarikat terus memerangi dan membunuh pejuang – pejuang MILF.  Analisis juga menunjukkan bahawa kerajaan Filipina sememangnya tidak mengiktiraf masyarakat Islam dan tidak memasukkan wilayah Islam sebagai kawasan lingkungan pembangunan.  Hak mereka sebagai rakyat tempatan Filipina telah dinafikan sewenang – wenangnya oleh kerajaan Manila.  Ini termasuklah perlaksanaan program pembangunan ASEAN menerusi BIMP – EAGA (Wan Shawaludin Wan Hassan: 1998).  Justeru, penglibatan masyarakat Islam di Filipina secara ketenteraan adalah merupakan suara dan reaksi tindak balas terhadap dasar diskriminasi yang telah diamalkan oleh kerajaan Filipina itu sendiri (Kassim b. Tukiman & Durrishah bte. Idrus:Unknown: 154 – 155).

 

  • Ekonomi:

Keganasan juga berkait rapat dengan faktor ekonomi sesebuah negara, jikalau kita lihat krisis yang berlaku di negara Indonesia itu sendiri menyebabkan rakyat negara tersebut melahirkan rasa kebencian yang menyemarakkan sentimen anti Amerika Syarikat, adalah bukan  kerana isu yang berkaitan dengan hal – hal kepentingan umamh sahaja seperti yang telah melanda negara seperti Palestin, Afghanistan dan Iraq.

Akan tetapi fenomena ini juga mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan tindakan pihak Amerika Syarikat, melalui bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, yang telah mengambil kesempatan “menjajah”  dan memporak – perandakan negara Indonesia semasa kegawatan ekonomi yang melanda sejak tahun 1997 lagi.  Terkini, usaha dan tindakan yang dilakukan oleh negara Amerika Syarikat dengan menghulurkan bantuan kewangan untuk mengubah sistem pendidikan di Indonesia.  Tindakan ini mendapat reaksi yang negatif daripada rakyat negara Indonesia tersebut.  Hal ini kerana ia merupakan salah satu bentuk penjajahan yang cuba dilakukan oleh Barat terhadap sesebuah negara secara tidak langsung (Kassim b. Tukiman & Durrishah bte. Idrus:Unknown: 156).

 

  • Agama:

Mungkin kerana terlalu meluas kegiatan terorisme atau pengganasan yang dilakukan oleh kelompok menamakan diri mereka sebagai yang memegang teguh kepada ajaran agama maka, para sarjana menganalisis kemudiannya menganalisis hubungan antara agama sebagai dipenuhi terror atau keganasan dan kekerasan.  Sebahagian membenarkannya, namun peratus terbesarnya mengecamnya.  Menurut ahli falsafah seperti Albert Camus dan Sir Karl Popper mengungkapkan pada dasarnya tujuan akhir daripada semua agama atau ideologi adalah untuk meringankan kesengsaraan manusia.  Namun menurutnya, penggunaan kekerasan untuk mencapai tujuan mulia tersebut adalah sama sekali tidak dapat dibenarkan.  Sebaliknya ahli falsafah tersohor, Jean Paul Sarte, tidak membenarkan “dirty hands” (tangan – tangan kotor) bagi mencapai tujuan politik, bahkan menganggap bahawa terkadang tindakan kekerasan dapat dianggap sebagai sesuatu kebaikan.  Justeru, kerana adanya asumsi bahawa penggunaan kekerasan atau terror merupakan suatu kaedah mencapai tujuan luhur maka tidak aneh jikalau naluri agresif manusia terkadang tumbuh subur di bawah naungan agama (Alwi Shihab: 1997).

Tidak sulit untuk membuktikan hal ini apabila kita semua menelusuri fenomena terorisme atau kekerasan di dalam lipatan sejarah kehidupan keagamaan.  Lumuran darah para syuhadah di tangan ekstremis daripada pelbgai kelompok keagamaan telah mewarnai lembaran sejarah.  Pada masa formatif islam, tiga daripada empat orang Khulafa ar’ – Rasyidin terbunuh di tangan – tangan kelompok ekstremis.  Khalifah keempat iaitu, Sayidina Ali dibunuh oleh kelompok Khawarij yang begitu ekstremis yang membenarkan tindakan kekerasan di dalam mengubah status quo.  Sedar akan ekstremisme pandangan keagamaan kelompok Khawarij yang merancang pembunuhan terhadap dirinya dan didorong oleh kualiti ketakwaannya terhadap Allah S.W.T, sebelum meninggal dunia Saydina Ali sempat berpasan agar berlaku adil terhadap pelaku pembunuhan tersebut.

Selain itu, perkara ini juga terjadi pada agama lain seperti yang terjadi pada agama Kristian, perkara ini berlaku bila mana lumuran darah akibat ekstremisme pemahaman keagamaan turut terjadi.  Eksekusi (penghukuman) yang telah dilancarkan oleh “mainstream” Kristian ktepada kelompok yang berbeza dariapda gelombang Salib (Perang Sablib) yang pertama dikumandangkan pada abad ke – 11 Masihi bukan sahaja melancarkan kekerasan terhadap umat Yahudi dan Islam ( yang dinilai sebagai musuh), kelompok Kristian Ortodoks Timur pun ikut serta.  Hal ini semua dilancarkan atas nama Isa a.s pencinta damai, dan penganjur kasih sayang.  Para ekstremis pelaku kekerasan ini pada umumnya didorong oleh keyakinan keagamaan bahawa apa yang mereka lakukan adalah sejalan dengan perintahan Tuhan yang terdapat di dalam teks – teks suci di dalam agama mereka.

Namun, fenomena kekerasan global ini tidak terhenti setakat pada kurun dahulu dan lipatan sejarah sahaja akan tetapi ia juga berlanjutan pada masa kontoreri juga.  Pada masa kini, walaupun sudah ditandai oleh seruan toleransi dan saling pengertian antara umat beragama akan tetapi kekerasan dan terorisme atas nama keagamaan tetap sulit untuk dibendung.  Selain tragedi di WTC, kita turut menyaksikan tragedy pembantaian di Bosnia, Kosovo, Ambon dan Maluku yang tetap berbaur keagamaan.  Dalam dua dekat yang terakhir pada abad ke – 20, tercatat beberapa tindakan teror yang dilakukan oleh kelompok keagamaan ekstrem.  Kelompok Takfir wal Hijarah di Mesir yang bertanggungjawab atas pembunuhan Anuar Sadat ialah merupakan contoh konkrit penggunaan teror atau keganasan yang menggunakan agama sebagai modal kelompok – kelompok tersebut.  Manakala, pembunuhan Indira Ghandi, pada tahun 1984 oleh dua orang pengawal peribadinya sendiri daripada kelompok Sikh yang berazam untuk membalas dendam terhadap kebaikan politik Indira yang dinilai merugikan kaum Sikh juga didorong oleh motivasi keagamaan (Alwi Shihab: 1997).

Selanjutnya, kita dapat melihat kepada situasi yang berlaku pada pemuka agama Yahudi iaitu, Rabbi Shlomo Goren, mantan pemimpin Rabbi (pemuka agama Yahudi) untuk kelompok Askenazic (Yahudi Eropah)  di Israel berfatwa bahawa pembunuhan ke atas diri Yasser Arafat  merupakan salah satu tugasan yang suci bagi tujuan keagamaan.  Seterusnya, kita dapat melihat kepada pembunuhan yang berlaku terhadap Yitzhak Rabin, mantan Perdana Menteri Israel adalah sesuatu berbentuk nyata yang bernaung di bawah panji – panji agama.  Dengan berani, pembunuhan Rabin, Yigal Amir, berkata bahawa dia melakukannya atas perintah agama dan dengan bantuan Tuhan.  “Ini merupakan tugas keagamaan saya sesuai dengan anjuran halaka (hukum agama Yahudi),” begitulah kata – kata Yigal Amir.  Menurutnya lagi, dengan menyerahkan tanah yang telah diangarahkan oleh Tuhan merupakan suatu dosa yang besar terhadap Yahweh (Tuhan), dan demikianlah pendapat beberapa pemuka agama Yahudi yang juga diyakini oleh Yigal Amir (Alwi Shihab: 1997).  Demikianlah kita dapat melihat beberapa catatan kekerasan mahupun keganasan “teroris” di serata dunia yang sering diberi justifikasi agama untuk memenuhi tuntutan yang sering bersangkut paut dengan kepentingan politik.  Memang agama merupakan alasan yang paling mujarab untuk menghalalkan segala bentuk tindakan kekerasan dan teror (Kassim b. Tukiman & Durrishah bte. Idrus:Unknown: 83 – 85).

 

  • Keselamatan dan Keamanan:

Seringkali orang – orang Israel mengaitkan antara perbatasan dan keamanan.  Misalnya mereka menggunakan istilah “Zon Aman”, yang membawa maksud mereka mahukan perbatasan bagi mengamankan keselamatannya.  Pendirian sesebuah negara mestilah mencakupi ciri – cirri seperti berikut iaitu, wilayah, bangsa dan sistem politik.  Keamanan sesebuah negara adalah sebagai menjamin perlindungan kepada rakyat yang mendiaminya dan ketiga – tiga ciri yang disebutkan tadi.  Maka keamanan sesebuah negara mana pun adalah untuk mempertahankan sekaligus perlindungan melawan bahaya dalaman mahupun bahaya luaran, misalnya melawan kuasa luar negara lain atau invensi yang datang.  Namun, teori keamanan dan keselamatan yang diguna pakai oleh Iseral telah melanggar pengertian – pengertian dan batasan – batasann tersebut.  Sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Ben Gurion “ sesungguhnya keamanan negara bukanlah masalah perlindungan kemerdekaan, bumi, perbatasan atau dominas.  Namun ia adalah masalah keabadian selama hidup”.  Hal ini bererti keamanan dan keselamatan menurut Israel adalah pengekalan negara Israel dan bangsa Yahudi.  Daripada ungkapan tersebut kita dapat memperlihatkan bahawa kata keamanan tersebut telah membentuk dasar – dasar pembenaran terhadap konspe radikalisme atau aktiviti terorisme Israel.  Pemahaman keamanan menurut Israel itu berpaksikan kepada dua faktor utama iaitu,

Faktor pertama: bersumberkan kepada rasionalisasi mitos teologi Israel sendiri.  Di mana rasionalisasi ini telah terbentuk sedemikian rupa di dalam kerangka berfikir mereka iaitu ketika agama yang elemen – elemennya yang berkait rapat dengan radikalisme yakini berpandukan sepenuhnya kepada sumber kepada kitab Taurat dan Talmud.  Teologi itu penuh dengan cita – cita keamanan, baik di dalam bentuk ideologi penyelamatan atau atau di dalam bentuk cerita – cerita yang yang mengisahkan dominasi bani Israel dan kehancuran manusia selain daripada bangsan mereka.  Sementara itu, dari sudut sisi yang lain pula terdapat kerangka sosial psikologis di mana orang – orang Yahudi pernah hidup di dalam waktu yang lama di dalam situasi ketakutan, tekanan dan pengasingan.  Hal ini telah terkesan daripada rasa takut dan was – was yang mendalam di dalam hati orang – orang Yahudi secara terus menerus.

Sudah lama bangsa Yahudi terpecah – pecah di seluruh dunia dan berada di dalam penindasan masyarakat yang mereka mendiami.  Hal ini kerana, kehidupan mereka telah diselimuti dengan perasaan ketidak tenangan.  Mereka memilih untuk hidup di dalam sebuah masyarakat yang tertutup yang disebut sebagai “Ghetto”  (perkampungan khas Yahudi yang terasing dan tertutup – pen). Di dalamnya mereka terus menerus menciptakan keamanan tersendiri dengan membentuk solidariti – solidariti dan kaderisasi bagi mempertahankan Ghetto – Ghetto tersebut.  Pada masa yang sama juga mereka ini dalam diam – diam telah mulai menyusun kekuatan di dalamnya yang bertumpukan kepada kekuasaan “negara dalam negara” yang bertujuan sebagai demi pemerliharaan keamanan territorial Ghetto – Ghetto tersebut.

Faktor kedua: muncul dari keadaan dan corak yang mewarnai pendirian negara Israel sendiri.  Dapat diketahui bahawa negara Israel telah menamakan dirinya di wilayah orang lain tanpa mendapatkan persetujuan dan dan kehendak penduduk aslinya.  Dengan begitu ia membentuk suatu komponen yang baru di dalam tubuh bangsa Arab yang kemudiannya membesar dan mempunyai kuasa yang kuat.  Bahkan mereka ini bekerja dan mengendalikan semua aktivitinya di atas kawasan atau wilayah bangsa Palestin secara terus menerus.  Keberhasilan Israel mendirikan sebuah negara dengan menelusup masuk ke dalam negara milik bangsa lain ini kerana ia mendapat sokongan dan dukungan daripada dua sokongan iaitu, sokongan daripada luar iaitu, negara Barat (terutamanya Inggeris)  dan kekuatan bersenjata.

Bersamaan dengan dimulainya dengan perlaksanaan orientasi kerja untuk para Zionis baru atau istilahnya dalam upaya “kewarganegaraan” Yahudi pendatang menjadi penduduk tempatan, maka sejak awal upaya penwujudan keamanan sudah amat ditekankan, misalnya dalam bentuk – bentuk berikut:

  • Mereka dibekali dengan cara – cara pengamanan dan pembelaan diri.  Diwujudkan di dalam wilayah – wilayah mukim pemukiman yang baru dengan mendirikan pos – pos penjagaan yang melibatkan pula unsur – unsur ketenteraan.
  • Mencadangkan dasar – dasar yang meningkatkan pembangunan negeri.  Iaitu, dengan cara melakukan usaha agar aktiviti penaklukannya di wilayah – wilayah baru seperti Palestin itu mendapat sokongan dari dunia luar terutamanya antarabangsa.

Dengan tindakan tersebut kita dapat melihat bahawa tuntutan dan kepentingan keamanan dan keselamatan ini merupakan tuntutan terhadap setiap individu Yahudi selain kepada dunia antarabangsa bagi menjamin keberlangsungan tindakan Yahudi di dalam menanamkan kekerasan atau terorisme di wilayah penduduk Palestin (Almuzzammil Yusuf: 2001: 51 – 53).

 

5.0       Isu – Isu dan Contoh Terorisme:

  • Pengeboman di Plaza Atrium 2001:

Peristiwa pengeboman Plaza Atrium Senen, Jakarta pada tarikh 23 September 2001, bom telah meletup di kawasan Plaza Atrium, Senen, Jakarta  dan terdapat 6 orang cedera. Seterusnya kejadian pengeboman Restoran KFC, Makassar pada  12 Oktober 2001, dan ledakan letupan bom mengakibatkan  cermin kaca restoran tersebut pecah, dan tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian pengeboman pada tahun 2011 ini terus berlaku dan pada 6 November 2011 letupan bom meletup di halaman Australian International School di Jakarta.

 

  • Pengeboman di Bali 2002:

Bom malam Tahun Baru 2002. 1 Januari 2002, telah meletup  di hadapan sebuah  Restoran makanan berasaskan ayam di Bulungan, Jakarta. Didalam kejadian itu terdapat seorang mangsa terbunuh dan seorang yang lainnya hanya  cedera ringan. Seterusnya kejadian berlaku di Palu,Sulawesi Tengah, yang mana terjadi empat ledakan bom di banyak gereja dan tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Hal yang seterusnya terdapat rangkaian tiga peristiwa pengeboman yang terjadi pada waktu malam tersebut   iaitu bertarikh 12 Oktober 2002. Dua letupan pertama terjadi di Paddy’s Pub dan Sari Club (SC) di Jalan Legian, Kuta, Bali,dan ledakan letupan terakhir terjadi di Pejabat  Konsular Amerika Syarikat. Rangkaian pengeboman ini merupakan pengeboman pertama yang kemudian disusuli oleh pengeboman dalam skala yang jauh lebih kecil yang juga bertempat di Bali pada tahun 2005. Tercatat 202 mangsa korban dan 209 orang cedera, kebanyakan mangsa merupakan orang asing yang sedang berkunjung ke lokasi yang tersebut.

Peristiwa ini dianggap sebagai peristiwa terorisme terburuk dalam sejarah Indonesia. Peristiwa yang berlaku ini memberikan kesan yang kepada pendidikan agama Islam tradisional di Indonesia atau dikenali sebagai Pesantren. Kejadian pengeboman yang terjadi pada tahun 2002 ini terus berlaku, yang mana pada 5 Disember 2002 kejadian pengeboman di Restoran McDonald di Makassar dan kejadian ini telah menyebabkan 3 orang terkorban dan 11 orang cedera ringan.

 

  • Pengeboman di Hotel J. W. Marriot 2003:

Pengeboman Jakarta 2003 ( Pengeboman JW MARRIOT 2003) merupakan peristiwa ledakan bom di hotel JW Mariott di kawasan Mega Kuningan, Jakarta, Indonesia, 5 Ogos 2003.Ledakan itu berpunca daripada  bom kereta dengan menggunakan  kereta Toyota  yang dipandu oleh Asmar Latin Sani dan ledakan tersebut telah menyebabkan 12 orang  terkorban dan telah mencederakan  150 orang. Akibat peristiwa itu, Hotel JW Marriott ditutup selama tiga minggu .

 

  • Pengeboman Pada 2004:

Kejadian pengeboman di  cafe, Palopo  Sulawesi pada 10 Januari 2004  telah  menyebabkan empat kematian. Pengeboman terus berlaku di Indonesia pada tahun 2004 ini, yang mana satu letupan bom berlaku di hadapan Kedutaan besar Autralia yang telah menyebabkan 5 kemalangan jiwa dan ratusan yang lain cedera ringan. Kesan daripada letupan itu telah meyebabkan kerosakan beberapa pasar raya disekitarnya seperti Menara Plaza 89. Pada 12 Disember 2004, letupan bom telah berlaku di Gereja Immanuel Palu, Sulawesi Tengah.

 

  • Pengeboman Pada 2005:

Kejadian dua Bom telah  meletup  di Ambon pada 21 March 2005 dan seterusnya pada 8 Jun 2005, kejadian  pengeboman telah  meletup di halaman rumah Ahli Dewan Majlis  Mujahidin Indonesia Abu Jibril Alias M Iqbal di Pamulang Barat dan didalam  kejadian ini tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Peristiwa hitam pengeboman dibali dipalit sekali lagi dengan kejadian ledakan bom pada 1 Oktober 2005 yang telah menyebabkan 22 orang mangsa terkorban dan 102 yang lain mengalami cedera ringan dan kejadian ini terjadi di Raja Bar Restaurant, Kuta Square, Pantai Kuta, dan Nyoman Cafe.

 

  • Pengeboman Pada 2009:

Pada 17 Julai 2009 sekali lagi Hotel J.W Marriot  dan Hotel Ritz Carlton  diletupkan oleh pengebom berani mati.

 

  • World Trade Centre / 911:

Terorisme di dunia bukan sesuatu masalah yang baru, namun fenomena ini menjadi sesuatu yang berlanjutan terutamanya sejak terjadinya peristiwa perlanggaran World Trade Centre (WTC) di New York, Amerika Syarikat pada tarikh 11 September 2001.  Fenomena ini lebih dikenali dunia sebagai “911” yang dikatakan mengorbankan 3000 orang.  Serangan ke atas WTC dilakukan melalui ruangan udara dan tidak menggunakan pesawat tempur.  Serangan tersebut melalui pesawat komersil yang dimiliki oleh Amerika Syarikat sendiri.  Peristiwa tersebut berlaku sehinggakan Amerika Syarikat tidak dapat mengesan melalui radar.  Tiga pesawat komersial milik Amerika Syarikat tersebut digunakan dan dua di antaranya telah melanggar bangunan WTC dan bangunan di Pentagon.  Serangan ke atas negara hegemoni ini merupakan isu global yang mempengaruhi perjalanan politik di seluruh dunia.  Sehingga menjadi titik tolak bahawa dunia perlu memerangi terorisme sebagai musuh utama masyarakat antarabangsa (_____: 2000: 1 – 2).

 

  • Pengeboman di Bali, Indonesia:

Negara Republik Indonesia tidak terkecuali dilanda oleh ancaman terorisme yang merupakan musuh utama kepada masyarakat dunia pada hari ini.  Sebelum terjadi serangan pengganas di Amerika Syarikat pada tarikh 11 September 2001, berlakunya tragedi teroris iaitu pengeboman di Bali pada 12 Oktober 2002.  Data yang dicatatkan oleh sebuah agensi berkaitan dengan kajian terhadap terorisme di Indonesia iaitu (POLRI) menunujukkan bahawa daripada tahun 1999 sehingga tahun 2002 sebanyak 185 bom diletupkan.  Lantaran daripada angka statistik tersebut sejumlah 62 orang terkorban dan 22 orang cedara parah daripada terorisme tersebut dicatatkan.  Peristiwa pengeboman Bali berlaku di kawasan Wista Legian, Kuta, telah menambahkan lembaran hitam terhadap manusia di Republik Indonesia (Ewit Soetriadi: 2008: 1).  Selepas berlakunya peristiwa tersebut yang menyebabkan kerugian terhadap negara Republik Indonesia memaksa pemerintah negara tersebut memerangi jenayah terorisme dengan meminda perundangan berkaitan dengan menghapuskan terorisme (_____: 2000: 1 – 2).

 

 

  • Israel – Palestin:

 

1)      Pembantaian di Qabiyyah:

Qabiyyah berada 22 km di timur Al Quds dan jaraknya hanya 2 km sahaja dari garis senjata.  Jumlah penduduk pada ketika terjadinya pembantaian atau peristiwa berdarah tersebut adalah 2000 orang dengan kepemilikan tanah 16504 hektar.

Pasukan tentera Israel lengkap dengan bersenjata canggih dengan anggaran kekuatan 600 orang tentera telah bergerak menjalankan misi dan operasi mereka dengan menghapuskan seluruh desa ini dan berhasil meratakan dengan tanah pada petang hari pada tarikh 14/10/1953.  Tentera Israel tersebut berjaya mengisolasi desa dari setiap desa sekitarnya.  Pasukan tentera Israel dengan serta merta masuk ke dalam desa tersebut dan menembak secara rambang kesemua arah.  Mereka juga melakukan terorisme dengan meletupkan setiap rumah yang ada di depan mata tentera mereka dan membantai semua penduduk desa tersebut.  Pembantaian dan aksi terorisme ini sungguh tragis dan begitu sekali biadab.  Pembantaian tersebut berlanjutan selama lebih dari 32 jam dan berhasil menghancurkan 56 rumah, masjid dan dua buah sekolah.  Jumalah mereka yang terkorban syahid pula sebanyak 67 orang penduduk yang terdiri daripada lelaki, perempuan, anak – anak kecil serta ratusan yang lainnya menderita akibat menerima cedera parah akibat daripada serangan tentera Israel tersebut.  Perkara ini telah dipastikan bahawa terdapat banyak keluarga yang telah dibantai seluruh anggotanya di dalam peristiwa ini (Almuzzammil Yusuf: 2001: 148).

 

2)      Shabra dan Syatila:

Shabra dan Syatila adalah dua di antara 12 tempat pelarian Palestin di Lubnan.  Peristiwa pembantaian di Shabra dan Shabra terjadi pada tarikh 18 September 1982 merupakan pembantaian yang paling zalim dan keji di dalam sejarah rakyat negara Palestin.  Walaupun yang melakukan pembantaiannya merupakan angkatan tentera bersenjata batalion buruh Lubnan, namun para perancangannya, pelaksanaanya dan pengawasannya adalah para pucuk pimpinan ketenteraan Israel ketika itu.  Ketua kepada pembantaian tersebut iaitu, Ariel Sharon yang merupakan menteri kepada pertahanan Israel dan Rafail Itan yang mengetuai Staf Pasukan Bersenjata Israel.

Pada kemuncak peperangan yang berlaku antara tentera Israel – Unit Palangis terhadap Palestin dan Pergerakan Nasional Lubnan, batalion Palangis yang terdiri daripada 12 orang yang mempunyai kelengkapan bersenjata yang canggih dan lengkap bertindak menyerang dua kediaman yang didiami oleh dua keluarga dan bertindak kejam dengan menyeksa, memusnahkan dan membunuh.  Mereka menyeksa wanita, anak – anak kecil dan orang tua.  Tenyata angkat korban para syuhada yang dibantai di dalam peristiwa tersebut dengan menggunakan peluru pelbagai jenis dengan sesuai dariapda sumber – sumber yang berbeza.  Terdapat sumber – sumber yang menyatakan sebanyak 3000 – 3500 orang, sementara sumber daripada Palestin mengatakan sejumlah rakyat mereka yang terkorban adalah sebanyak lebih daripada 12 ribu orang rakyat negara Palsetin (Almuzzammil Yusuf: 2001: 149).

 

3)      Pembantaian di Masjid Al Aqsa:

Pembantaian secara keji dan zalim ini terjadi dengan persiapan, perancangan dan niat daripada pihak berkuasa rasmi negara Israel.  Di sini pasukan bersenjata, pegawal perbatasan dan pihak intelektualan dalam jumlah yang besar yang bekerjasama dengan tentera – tentera Yahudi yang lengkap dengan persenjataaannya telah melakukan pengepungan terhadap kota Al Quds dan Masjid Al Aqsa.  Mereka menyerang menyerang di perkarangan Masjid Al Aqsa dan menyebabkan jumlah angka korban yang meningkat.

Peristiwa tersebut terjadi pada tarikh 8 Ogos 1990 yang menjadi rentetan upaya kelompok ekstremis Yahudi untuk meletakkan dana pembangunan sinagog ketiga yang mereka nyatakan di perkarangan Masjid Al Aqsa.  Maka terjadila perbalahan dan pergaduhan penduduk tempatan dengan “Pengawal Gunung Al Haikal”.  Perbalahan dan pergaduhan tersebut berlangsung sehinggakan pasukan bersenjata, pengawal perbatasan dan pasukan polis dalam jumlah yang besar dan kemudiannya melancarkan serangan peluru yang bertalu – talu ke arah warga Muslim Palestin yang sedang melakukan solat di dalam masjid tersebut.  Maka dengan itu korban yang syahid di dalam peristiwa tersebut tidak kurang daripada 21 orang syahid, 800 orang cedera parah dan 250 orang ditangkap (Almuzzammil Yusuf: 2001: 150).

 

  • Teror di Bosnia Herzegovina:

Krisis Bosnia-Herzegovina telah meletus pada tahun 1908. Krisis ini berpunca daripada tindakan Austria-Hungary yang mengisytiharkan Bosnia-Herzegovina sebagai sebahagian daripada empayarnya yang kekal. Pengisytiharan tersebut dianggap sebagai tidak sah kerana dilakukan tanpa persetujuan rasmi kuasa-kuasa besar Eropah yang menandatangani Perjanjian Berlin 1878. Bosnia-Herzegovina merupakan tanah jajahan Uthmaniah, tetapi akibat daripada pemberontakan 1875-1878, Austria-Hungary telah diberi mandat oleh kuasa-kuasa besar, melalui Perjanjian Berlin 1878, untuk mentadbir Bosnia-Herzegovina secara sementara sehingga keamanan dapat dipulihkan semula di negara tersebut.

Kuasa-kuasa besar mempunyai reaksi yang berbeza berhubung tindakan Austria-Hungary tersebut. Rusia dan Turki Uthmaniah menentang keputusan pengambilan Bosnia-Herzegovina secara kekal oleh Austria-Hungary. Manakala kuasa-kuasa besar yang lain, iaitu Britain, Jerman, Perancis dan Itali berpandangan krisis Bosnia-Herzegovina harus diselesaikan dengan segera di meja rundingan. Sekiranya tidak, krisis tersebut bakal mengundang peperangan antara Rusia, Austria-Hungary dan kerajaan Uthmaniah yang masih merupakan pemilik Bosnia-Herzegovina yang sah. Peperangan itu, akhirnya akan mengheret semua kuasa besar Eropah untuk terlibat sama dalam peperangan yang merugikan pada  masa itu.

 

  • Punca Teror di Bosnia Hezegovina:

Antara punca konflik etnik yang berlaku di bosnia ialah puak Serbia ingin menguasai semua etnik di Yugoslavia dengan memaksa mereka menggunakan bahasa Serbia dan menganut Kristian Orthodoks. Golongan Serbia membuat tuduhan bahawa mereka akan ditindas oleh penindasan Pope, umat Islam ,keturunan Crotia dan Albania. Tambahan lagi Puak Serbia juga mengatakan bahawa orang Bosnia akan menubuhkan sebuah negara Islam di Bosnia yang akan memberi ancaman kepada seluruh Eropah. Fitnah yang dibuat itu telah menyebabkan rakyat Serbia yakin mereka perlu bangkit untuk mempertahankan diri dan telah memperkuatkan tentera mereka iaitu Tentera Nasional Yugoslavia (YNA).

Tentera Serbia telah membeli  senjata dan mengukuhkan barisannya melalui latihan peperangan. Banyak tentera simpanan Serbia telah dikerahkan masuk ke Bosnia-Herzegovina. Puak Serb telah melakukan keganasan yang kejam terhada prakyat Bosnia-Herzegovina yang beragama Islam dan Roman Katolik. Mereka telah membunuh, merogol,memusnahkan kenderaan dan kawasan awam Rakyat Bosnia-Herzegovina.

Konflik etnik wujud dalam hubungan antara kumpulan yang tidak setara berasaskan nilai-nilai budaya yang mengakibatkan satu yang berkuasa meminggirkan satu yang lain secara sosial dan organisasi Kumpulan-kumpulan budaya ini tidak boleh bertolak ansur, atau satu komuniti mempunyai darjah autonomi yang melebihi kumpulan lain.

Pada 6 April 1992, berlaku satu tragedi di bekas Republik Yugoslavia. Pada hari itu,seorang gadis etnik Bosnia, Suada Dilberovic, 24, telah dibunuh oleh penembak curi Serbia di tengah bandar Sarajevo, Bosnia, menjadikannya mangsa pertama keganasan kaum Serb di negara berkenaan. Dalam kejadian pada 6 April 1992 itu, Suada bersama kira-kira 100,000 orang penduduk Bosnia dari pelbagai agama dan etnik telah berarak secara aman meraikan kemerdekaan Bosnia-Herzegovina dari Yugoslavia. Perarakan itu juga bagi menyatakan protes mereka terhadap tindakan Tentera Rakyat Yugoslavia (YNA) pimpinan Serb Bosnia yang mengepung Sarajevo bagi memulakan perang terhadap etnik Bosniak dan Croatia.

Bosnia pada masa situ dipimpin oleh Alija Izatbegiovic yang juga Presiden Republik Sosialis Bosnia, sebelum itu telah menarik diri dari Yugoslavia. Keputusan itu dibuat melalui pungutan suara pada November 1991, tetapi diboikot oleh etnik Serb dan sebelum itu Croatia, Macedonia dan Slovenia telah terlebih dahulu mencapai kemerdekaannya dari Yugoslavia. Ini menyebabkan Presiden Republik Srpska, Rodovan Karadzic dan Presiden Serbia, Slobodan Milosevic memutuskan untuk memerangi dua etnik itu. Ketika situasi tegang itulah pada 6 April 1992, satu tunjuk perasaan besar-besaran diadakan di Sarajevo dan perang Bosnia merebak hingga akhirnya lebih 200,000 orang terbunuh. Statistik dianggarkan 65 peratus daripada keseluruhan mangsa perang itu ialah etnik Bosnia yang beragama Islam, etnik Serb (25 peratus) manakala selebihnya Croat dan lain-lain bangsa.

Melalui kempen “pembersihan etnik” (ethnic cleansing), kaum peribumi Bosnia telah dibunuh, dirompak, diusir dari kampung halaman, wanita-wanita Bosnia dirogol,manakala lelaki pula ditahan serta diseksa di kem-kem tahanan oleh tentera Serbia yang zalim.  Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar tenteranya, Pasukan Perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPROFOR) pada Mac 1992 apabila puak pengganas Serb telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Bosnia-Herzegovina. Pasukan PBB akan mengawasi pencabulan genjatan senjata, menyampaikan bantuan kemanusian danmenyediakan infrastruktur pemindahan pelarian. Namun Lebih memburukkan keadaan, PBB telah membuat keputusan mengadakan sekatan senjata ke atas semua wilayah Yugoslavia, tetapi PBB membiarkan puak Serbia memiliki senjata dan perbuatan ini dikecam hebat oleh negara-negara dunia.

 

6.0        Penutup:

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa “terorisme” merupakan sesuatu yang bersifat subjektif dan dari segi pendefinisan tersebut adalah sukar kerana ia bergantung kepada aktor politik sesebuah negara, institusi antarabangsa, dasar sesebuah negara dan pelbagai lagi.  Terorisme sememangnya dapat kita perlihatkan ia adalah bertunjangkan kepada motif politk, hal ini kita dapat perlihatkan bila mana faktor keagamaan dikaji bagi menentukan punca – punca motivasi kepada tercetusnya keganasan ini juga bersangkut paut atau berkait rapat dengan pemerintahan atau dasar sesebuah kelompok yang melancarkan keganasan tersebut.

Terorisme terjadi disebabkan oleh beberapa faktor yang mempunyai matlamat tertentu seperti kita ketahui iaitu, matlamat bermotifkan politik, ekonomi, keagamaan, keselamatan dan keamanan dan pelbagai faktor dalaman mahupun luaran yang boleh mendukung tercetusnya kejadian keganasan tersebut atau “teroris”. Sebagai contoh kita dapat lihat hal yang sama berlaku di negara Palestin yang daripada dahulunya sehingga ke hari ini tidak kesudahan dibantai oleh pihak ketenteraan negara Israel yang ingin membina penempatan haram di tanah milik rakyat Palestin.  Mereka (Palestin) berjuang habisan untuk mengusir anasir yang ingin menaluki wilayah negara mereka.  Kesannya, kita dapat perlihatkan kekejaman, penyeksaan, pembunuhan serta kemusnahan yang berlaku di negara tersebut.  Hal ini tidak terkecuali kaum wanita, orang tua, anak kecil dan orang awam juga menjadi mangsa kesengsaraan.

 

Sumber Rujukan:

Abdullah Machmud Hendropriyono. 2009. Terorisme : Fundamentalis Kristen, Yahudi & Islam. Penerbit Buku Kompas.

Asep Syamsul M. Romli. 2007. Amerika, terorisme, dan Islamophobia: fakta dan imajinasi jaringan kaum radikal. The university of Michigan.

Almuzzammil Yusuf. 2001. Terorisme Israel: Membedah Paradigma dan Strategi Terorisme Zionis. Abu Lutfi. Bandung. Asy Syaamil Press & Grafika.

Aprinus Salam dan Ramayda Akmal. ______. Terorisme, Negara dan Novel Indonesia. ____________.

David J. Whittaker. 2004. Terrorists And Terrorism In The Contemporary World. Routledge. 11 New Fetter Lane, London EC4P 4EE.

Deepa Kumar. 2012. Islamophobia and the Politics of Empire. Haymarket Books.

Dr Neven Andjelic. 2003. Bosnia-Herzegovina: The End of a Legacy. Routledge.

Ewit Soetriadi. 2008. Kebijakan Penanggulangan Tindak Pidana Terorisme Dengan Hukum Pidana. Tesis Magister Ilmu Hukum. Universitas Diponegoro Semarang.

Francisco Budi Hardiman. 2003. Terorisme Defenisi Aksi, & Regulasi. Imparsila : University Of Machigan.

Gabriel Greenberg. 2008. Islamophobia: Making Muslims the Enemy. Rowman & Littlefield.

Kassim b. Thukiman & Durrishah bt. Idrus. Unknown. Keganasan Antarabangsa Satu Tinjauan. Jurn Luqman Hakim. Terorisme di Indonesia. Forum Studi Islam Surakarta : The University of Michigan. al Kemanusiaan. Unknown. 154 – 155.

Mitja Velikonja. 2003. Religious Separation and Political Intolerance in Bosnia-Herzegovina. exas A&M University Press.

Qasim Syaban Niya. 2010. Terorisme Menurut Pandangan Islam dan Barat. _____________.

Sarlito Wirawan Sarwono. 2012. Terorisme di Indonesia dalam tinjauan psikologi. Pustaka Alvabet.

Shahrom TM. Sulaiman. 2002. Terorisme Global dan Pengganas Agama: Cabaran Hidup Beragama Pada Alaf Baru. Kuala Lumpur. Penerbit Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Wawan H. Purwanto. 2010. Terorisme di Indonesia pasca bom Marriott 2. Cimb Press.

Zulkifli Haji Mohd & Yusoff  Fikri Mahmud. 2005. Gerakan Teroris Dalam Masyarakat Islam: Analisis Terhadap Gerakan Jemaah Islamiyah (JI). Jurnal Usuluddin, Bil 21 [2005] 39-62.

______________. 2000. Terorisme dan Penguatkuasaan Melalui Undang – Undang: Kajian Kes di Republik Indonesia. Tesis Sarjana. Universitas Sumatera Utara.

 

 

pembangunan pelancongan dan globalisasi

Standard

Istilah globalisasi mula digunakan pada pertengahan kedua dekad 1980-an dan menjadi paradigma yang berpengaruh sejak tahun 1990-an.  Menurut Waters (1995), globalisasi ialah proses pemampatan masa dan ruang dalam setiap hubungan social dan kemunculan proses pemampatan tersebut disedari masyarakat.  Proses ini menyebabkan dunia seolah-olah suatu pasaran terbuka yang tiada sempadan.  Seterusnya globalisasi juga boleh dianggap sebagai “…suatu proses transformasi dunia yang dikatakan bermula dan akan terus menghubungkaitkan semua kawasan dunia dalam satu system yang agak sejagat sifatnya…” (Ishak Shari 2000)

            Pada masa kini ledakan globalisasi dikatakan telah meningkatkan lagi aktiviti ekonomi yang bersifat terbuka dan bebas.  “…Berikutan daripada proses globalisasi yang aktif, persoalan yang penting dan perlu diketengahkan ialah kemampuan serta daya tahan negara menghadapi cabaran yang begitu mendadak dan seterusnya menjamin pertumbuhan industry-industri tempatan yang kukuh dan Berjaya menembusi pasaran antarabangsa. 

            Industri pelancongan merupakan antara industry yang paling terdedah kepada proses globalisasi.  Appadurai (1995), Lash dan Urry (1994) dan Cheater (1995) telah mengiktiraf pelancongan sebagai salah satu aspek globalisasi.  Industry ini dilihat sebagai “…industry yang paling pantas berkembang serta mempengaruhi pelbagai perkara meliputi sosiopolitik, kewangan dan juga ekologi.” (Cheater,1995:125).  Ini memandangkan aktiviti pelancongan diceburi oleh semua golongan, semua perigkat dan semua negara.  Oleh itu, impak yang bakal diterima meliputi semua pihak yang bergiat dalam industry ini, daripada para pengusaha pelancongan bertaraf korporat, hinggalah kepada operator bot pelancong kecil-kecilan.          

            Seterusnya, globalisasi juga dikatakan menjadi pencetus peralihan arah aktiviti pembangunan pelancongan di negara membangun daripada berorientasikan domestic kepada global yang bertujuan untuk memastikan negara memperoleh manfaat yang tinggi dalam pertukaran mata wang (Dwyer 1997).  Kaedah ini digunakan oleh kebanyakan negara membangun memandangkan keupayaan mereka menggerakkan proses industrialisasi adalah rendah.  Bagi negara-negara yang masih baharu bergiat dalam bidang ini, sememangnya bergantung pada negara-negara maju yang telah kukuh menguasai bidang pelancongan ini dalam konteks mendapatkan pasaran, modal, kepakaran dan juga teknologi yang berkaitan.  Kemasukan negara membangun ke dalam pasaran pelancongan global juga membuktikan akan pentingnya industry ini demi pertumbuhan ekonomi negara.  Oleh itu, dalam usaha mencari alternative pembangunan ekonomi yang tidak memerlukan modal yang besar, hampir semua negara membangun memilih industry pelancongan sebagai industry penjana ekonomi.  Keadaan ini dapat dilihat semasa sebelum berlaku kegawatan ekonomi dunia pada hujung tahun 1977, apabila negara-negara membangun meraih pendapatan berlipat kali ganda melalui industry pelancongan ini.

            Proses globalisasi pelancongan juga ditandai dengan peningkatan nyah sempadan.  Menurut Mercer (1994), fenomena pelancongan moden telah mempengaruhi banyak kawasan di dunia ini, dari Antartika ke Amazonia dan seterusnya dari gurun Sahara ke kawasan pedalaman Asia.  Seiring dengan perkembangan industry ini, masyarakat yang menerima impak daripada pelancongan moden ini juga turut mengalami perkembangan terbaharu dari segi pendidikan, perubatan, pertanian, makanan dan sebagainya.

            Proses globalisasi pelancongan yang wujud pada hari ini juga boleh disaksikan melalui peningkatan rangkaian hotel bertaraf multinasional dan pembentukan pelbagai pakej percutian yang standard dan berprestij.  Ia sebenarnya bertujuan memenuhi aspirasi pelancong yang mementingkan gaya hidup dan status social yang tinggi.  Kehendak dan cita rasa pelancong juga telah dibawa dan diperkenalkan di negara-negara Dunia Ketiga yang mereka kunjungi.  Maka wujudlah aktiviti memanipulasi komoditi pelancongan (symbol dan produk) yang kebanyakannya digerakkan oleh agensi korporat dan pelancongan multinasional.  Proses globalisasi dalam industry pelancongan ini juga memerlukan objek atau produk pelancongan yang baharu tanpa terhad kepada cita rasa dan kehendak masyarakat sesebuah negara.  Produk tersebut bukan sekadar untuk mewujudkan keinginan dan fantasi baharu, tetapi juga bertujuan membolehkannya digunakan, disaksikan, diamati, dibeli, diambil gambar, diceritakan dan difahami oleh para pelancong.  Penghasilan produk ini amat penting bagi menggiatkan lagi pembangunan pelancongan di sesuatu tempat dan memperkenalkan budaya kepada para pelancong asing.

            Bagi sesetengah negara pula, ‘Pelancongan Merah Jambu’ telah dijadikan pakej pelancongan antarabangsa dengan pilihan bersifat global untuk para pelancong yang datang semata-mata untuk mencari keseronokan.  Kini para pelancong lelaki dari pelbagai pelosok dunia membanjiri negara-negara Asia seperti Thailand, Korea, Filipina, Taiwan dan Indonesia untuk mencari kepuasan seks.  Ratusan ribu wanita di negara-negara berkenaan dan juga dari pelbagai negara lain termasuk dari negara- negara maju (Amerika dan Eropah) telah menawarkan pelbagai perkhidmatan di Bandar-bandar utama di negara-negara dunia Ketiga ini sebagai pelacur, teman social, tukang urut, pelakon pertunjukan seks, penari kelab malam dan seumpamanya.

            Seterusnya dari sudut politik, pelancongan telah dianggap sebagai penggalak integrasi nasional, kerjasama antarabangsa, kesejahteraan dan keamanan sejagat.  Oleh itu kestabilan politik dunia merupakan perkara yang amat penting dalam mempengaruhi perkembangan industry pelancongan global .  sebarang insiden yang mencetuskan keadaan yang tidak stabil seperti penculikan pelancong di pulau pelancongan di Sabah dan serangan bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York telah memperlihatkan kemerosotan ketara dalam industry ini di negara-negara tersebut.  Kadar perjalanan antarabangsa telah merundum sehingga menjejaskan banyak pihak terutama syarikat penerbangan dan agensi pelacongan antabangsa.

            Pada hari ini, globalisasi telah meningkatkan lagi persaingan dalam industry pelancongan.  Dasar pintu terbuka tanpa had kepada para pelancong asing tanpa disedari telah meletakkan sesebuah negara itu sebagai pesaing di peringkat global bersama-sama negara lain yang telah maju.